Asaalamualaikum semua ..
Semester 2 ini saya kena menghadapi satu subjek sambungan dari subjek Multimedia yang diambil semasa semester 1 . Subjek web programming ini merupakan subjek yang penting , Saya sentiasa mengambil positif tentang subjek ini .
Kos ini mengajar anda tentang bagaimana ingin mereka website dengan server , kod dan juga pangkalan data . Bagi saya subjek ini sangat menarik dan mencabar . Saya akan mencuba sebaik mungkin dalam mempelajari serta memahami kos ini yang dapat membantu saya untuk mereka web nanti .
Thursday, 3 March 2016
Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirrahim.
Syukur ke hadrat Illahi pada hari ini saya dapat berkongsi degan anda semua tentang sedikit sebanyak tentang diri saya dan juga keluarga . Anda boleh panggil saya Aimi . Dahulu dari kecil hingga saya berumur 7 tahun, saya menetap di Penang. tetapi selepas itu saya dan keluarga berhijrah ke Negeri Sembilan . Saya ada 6 orang adik beradik . 4 lelaki dan 2 orang perempuan termasuk saya . Semua masih belajar , ada di peringkat universiti awam dan juga di peringkat sekolah . Umur saya pada tahun ini adalah 19 . Tetapi masih berumur 18 . Bulan kelahiran saya adalah pada bulan September .
Istimewa tentang keluarga saya adalah permulaan hurur nama-nama kami bermula dengan huruf 'A'. dalam keluarga saya paling rapat dengan ibu , adik perempuan dan adik sulung . Ibu seorang yang lemah lembut dan cepat ramah orangnya . Kami sekeluarga sukakan masakan ibu . Semua yang pernah rasa masakan ibu akan kata "Ina sedap betul masak , bole buka restoran mewah la , jadi chef terkemuka ." Dan ada pula yang berkata ingin menjadi rakan kongsi ibu menjual makanan ".Saya sebagai anak mempelajari ilmu masakan dari ibu ."Hangpa nak rasa makanan utara , mai laa . char kuey tiow paling basah best!! Tu dia baq hang ". Kalau nak pekena nasi kandaq, mai la penang , saya boleh berkongsi dengan anda semua restoran nasi kandaq yang terbaik punya ."kata Boboiboy ,watak kartun -TERBAIKKKK!!" dan saya juga boleh menyenaraikan tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Pulau Mutiara ini .
Dan sebut tentang cita-cita , saya dahulu ingin menjadi seorang angkasawati , kemudian bertukar kepada doktor . Apakan daya , pendirian tidak tetap masa zaman kanak-kanak. Dan percaya atau tidak percaya sekarang saya berada dalam alam universiti, alam yang diimpiakn oleh setiap pelajar dan belajar dalam fakulti teknologi maklumat dan komnukasi mengambil kos sains komputer di Universiti Teknikal Malaysia Melaka . Orang yang tiada cita-cita adalah orang yang tiada tujuan hidup. Bercakap tentang belajar susah , memang tidak diakui lagi memang susah , tapi usaha itukan tangga kejayaan. Saya percaya dengan kesusahan yang dialami sekarang pasti ada rezeki dan kejayaan nanti . Insyaallah dengan izinNya .
Saya juga mempunyai ikon yang dikagumi iaitu Prof Muhaya selain dari ibu saya yang tercinta . Anda pasti telah mengenali beliau bukan . Beliau bukan sahaja seorang pakar lasik pertama di Asia Tenggara , malah beliau juga bergiat aktif sebagai seorang penceramah bebas. Apa yang menarik tentang beliau . Beliau sering memberi kata-kata semangat pada sekalian umat . Beliau juga sering berkongsi dengan rakyat tentang pesakit-pesakit mata yang diubati oleh beliau . Sambil membuat pembedahan terhadap seseorang pesakit , beliau sering menasihati mereka . Baginya apabila seseorang itu perangai agak buruk , dia susah untuk menerima pembedahan tersebut , berbanding dengan orang yang baik akhlaknya yang senang menerima pembedahan tersebut dan sentiasa tersenyum sepanjang pembedahan . Kalau anda nak tahu saya juga mempunyai masalah mata . Saya dahulunya suka melihat matahari yang bersinar lagi berkilau .Disebabkan itu saya mempunyai masalah silau . Insyallah jika ada rezeki ingin membuat temu janji dengan Prof Muhaya untuk menyelesaikan masalah ini . Walaupun kos mahal tetapi berbaloi malah dapat kata-kata semangat dan teguran percuma lagi . Dalam hidup kita ini juga sebenarnya kita hendaklah melatih diri supaya menjadi seorang yang jangan suka dipuji oleh orang lain . Sentiasa la merendah diri dengan orang lain walaupun kita banyak kelebihan . Izharnya , saya suka ayat ini sebagai penutup , marilah kita hayati bersama-sama, 'buat tanpa tapi, lakukan tanpa nanti' .
Subscribe to:
Comments (Atom)